Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membagi demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A
Berikut adalah penjelasan lebih lanjut :
1. Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan surat kabar mempengaruhi keputusan mereka.
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – GEN X
Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma “the baby bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”. Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – GEN Y
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.
5. Generation Net (lahir antara 1998 -2009) – GEN Z
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 12 tahun.
6. Generasi Alpha (lahir antara 2010 – sekarang)
Ini dia generasi yang diprediksi paling canggih dalam penguasaan penggunaan teknologi komunikasi. Mereka lahir antara tahun 2011-2025. Jadi begitu lahir sudah mengenal smartphone, tablet, media sosial, serta bermacam teknologi canggih lain. Orang tua mereka sudah sangat melek teknologi, sehingga sedari bayi pun sudah dibuatkan akun media sosial, email, bahkan domain web. Nyaris sama dengan Generasi Y, Generasi Aplha menjalankan berbagai aplikasi online, dan internet sudah jadi bagian dari keseharian. Kelak, generasi ini akan menyimpan semua datanya secara online.
Sumber :